Siri CPU AMD Zen 4 Mungkin Akan Hadir Dengan Pemproses Grafik Terbina

TechnologyDigital
24 Aug 2021 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selama ini, apabila siri CPU AMD Ryzen dilancarkan, pengguna secara lazimnya perlu menunggu seketika untuk AMD memperkenalkan model CPU yang mempunyai pemproses grafik terbina didalamnya, khususnya siri AMD Ryzen G. Siri CPU AMD Ryzen utama tidak akan hadir dengan pemproses grafik, yang mana pengguna perlu menggunakan kad grafik untuk mengaktifkan bahagian paparan sebuah komputer.

image is not available

Terkini, sebuah dokumen telah tertiris yang menunjukkan bahawa untuk siri CPU AMD Zen 4 akan datang, AMD nampaknya akan menambahkan terus sokongan pemproses grafik pada siri CPU utama mereka. Walaupun begitu, ia juga dilaporkan bahawa apabila siri CPU ini dilancarkan, terdapat kemungkinan bahawa ada model yang mana bahagian grafik terbina ini akan dinyahpasang.

image is not available

Selain daripada itu, rekaan skema papan induk AM5 juga diperlihatkan, yang mana selain daripada penambahan jalur PCIe4 yang membolehkan lebih banyak komponen dengan sokongan penghantaran data tersebut disokong, ia juga memperlihatkan sokongan untuk DisplayPort 2.0.

Seperti kami laporkan pada minggu lepas, membolehkan pengguna untuk menyambung dua paparan 4K 120Hz ataupun satu paparan 10K 60Hz pada komputer yang menggunakan gabungan CPU AMD Zen 4 dan papan induk AM5.

Sumber: VideoCardz