Jais kekalkan SOP hanya enam jemaah boleh ke masjid

12 Aug 2021 • 8:35 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 OGOS: Tatacara operasi piawai (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau seluruh negeri kekal enam jemaah setakat ini.

Justeru, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta orang ramai bersabar dan kekal mematuhi arahan meski lengkap dos suntikan.

“Setakat ini tiada sebarang perubahan dan masih mengguna pakai SOP terdahulu. Jais ada menerima beberapa kes terdapat orang ramai yang cuba masuk ke masjid dan surau.

“Oleh demikian, kita sudah mengarahkan pegawai memaklumkan pentadbiran masjid dan surau supaya patuh dengan ketetapan lama yang dikeluarkan Jais,” kata Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Pada 8 Ogos, kerajaan mengumumkan individu lengkap dos vaksin boleh menunaikan solat di masjid dan surau tertakluk kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kemudahan berkuat kuasa kelmarin turut diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam dengan kebenaran Kementerian Perpaduan Negara.

The post Jais kekalkan SOP hanya enam jemaah boleh ke masjid appeared first on Selangorkini.