'Fire Dragon’ Bakal Beri Persembahan Terbaik Pada Hari Merdeka

28 Aug 2021 • 2:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Staf Sarjan Mad Zain Medol akan menggunakan kemahirannya sejak remaja iaitu menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, pada Selasa ini. - Gambar Bernama

Mahir menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api kecil bagi menghasilkan bulatan api besar, Staf Sarjan Mad Zain Medol diberi kepercayaan untuk mempersembahkan kemahiran yang dimiliki sejak usia remaja itu pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, pada Selasa ini.

Terkenal dengan jolokan 'fire dragon’, anak kelahiran Sabah berusia 38 tahun itu akan mengetuai Pasukan Pancaragam Kor Armor Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi acara drum line ATM dengan menampilkan elemen faktor 'wow' itu yang dijangka menggamit rasa kagum penonton.

Persembahan berdurasi selama enam minit itu disertai 128 anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM). - Bernama