Penangguhan Dewan Rakyat berdasarkan sains, fakta kesihatan: TPM

Politics
1 Aug 2021 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Penangguhan sidang Parlimen dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan, bukannya isu politik.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, permakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguhkan