Pengguna mengamuk, Myeg lewat proses permohonan insurans dan cukai jalan

24 Aug 2021 • 11:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Ada banyak saluran untuk anda perbaharukan insurans dan cukai jalan kenderaan. Dengan proses yang hanya berlaku secara janji temu di kaunter JPJ dan di pejabat Pos, ramai yang memanfaatkan proses dalam talian.

image is not available

Myeg adalah salah satu agen menyedia perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan. Mereka popular disebabkan ikaln di sana sini.

Cara tempah janji temu perbaharui lesen ataupun cukai jalan JPJ di Pos Malaysia

Namun, kepopularannya nampaknya memakan diri apabila ramai pengguna merungut yang transaksi mereka tidak dipenuhi penyedia perkhidmatan, temasuklah saya sendiri. Saya yang memohon sejak 12 Ogos 2021 lalu masih belum beroleh cukai jalan sedangkan kerjaan melaporkan yang moratorium akan tamat pada bulan Oktober 2021 nanti.

Usaha untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan juga gagal apabila "disidai" lebih 10 minit di dalam talian. Saya diingatkan yang mereka menerima banyak panggilan masuk dan semua operator sedang sibuk.

image is not available

Kenapa saya tak pelik?

image is not available

Kalau lihat pada setiap utusan Myeg di Facebook, ia dibanjiri aduan orang ramai. Ada antara mereka yang masih belum terima cukai jalan yang dimohon pada 3 Ogos 2021 lalu.

image is not available

Seandainya kapasiti Myeg untuk memproses permohonan baharu sudah penuh, mengapakah perlu mereka terima lagi? Bukankah ia menidakkan peluang penyedia perkhidmatan lain dan akan dilihat sebagai antipersaingan secara halus?

Pesaing mereka dilihat lebih efisien memenuhi permintaan. Sahabat saya yang perbaharukan cukai jalan dan insurans melalui pesaing telah selsaikan transaksi dalam masa kurang daripada 3 hari.

image is not available