Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
5 Aug 2021 • 7:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Oppo hari ini telah memperkemas penawaran produk telefon 5G mereka. Kali ini mereka mengumumkan 2 ahli baharu dalam keluarga Reno iaitu Reno6 dan Reno6 Z.

Tempahan untuk memilikinya sudahpun dimulakan sehingga 13 Ogos 2021 dan hari pertama jualannya ditetapkan pada 14 Ogos 2021 pada harga seperti berikut:

  • Oppo Reno 6 RM2,399
  • Oppo Reno 6Z RM1,699

image is not available

Ada juga promosi awal dijalankan bagi merancakkan lagi penjualan hari pertamanya. Setiap pembelian. Sekiranya anda berada dalam golongan pembeli awal, anda bakal terima pemberian bernilai RM779 yang mengandungi barang seperti:

  • Oppo Enco Buds RM159
  • Langganan 1 tahun HeyTap Cloud Service RM343
  • Powerbank RM99
  • Smart Tag RM79
  • Bluetooth Speaker RM99
  • Baucar Shopee RM30 (untuk yang lakukan pratempahan)

Spesifikasi Reno6

Reno6 ialah ahli yang paling berkuasa dalam kalangan yang dilancarkan ini. Atas papan utama, ia diperkasa SoC MediaTek Dimensity 900 5G (6nm), telefon pertama yang diperkasa cip itu dalam pasaran Malaysia. Bersama-samnya, Reno6 turut RAM 8GB serta storan 128GB.

image is not available

Di bahagian muka, ia ada panel OLED sebesar 6.43" pada resolusi FHD+. Refresh rate-nya agak tinggi pada 90Hz, sesuai untuk yang ingin bermain game dengan grafik lancar.

image is not available

Oppo menggunakan konfigurasi trikamera belakang pada telefon ini. Sensor kamera utama mengandungi 64 juta piksel, kamera ultralebarnya diberikan sensor 8MP manakala lensa makronya dilengkapi sensor 2MP.

image is not available

Seperti biasa, Oppo tidak akan berikan kamera selfie berspesifikasi lemah pada produknya. Kamera 32MP tentu sekali berikan gambar swafoto beresolusi tinggi yang tajam.

Membekalkan segala tenaga yang diperlukan telefon ini ialah bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0

Spesifikasi Reno6 Z

Oppo Reno6 Z ialah telefon dengan paparan sebesar 6.4". Ia menggunakan panel AMOLED dengan refresh rate 60Hz pada resolusi FHD+.

image is not available

Atas papan utama, Oppo meletakkn cip MediaTek Dimensity 800U 5G, telefon kedua di Malaysia yang ada cip ini selepas Realme 7 5G. Cip itu bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh diperluas kalau tak cukup.

image is not available

Kelengkapan kamera yang sama di Reno6, boleh ditemukan pada Reno6 Z. Anda terima kombinasi trikamera belakang 64Mp, 8mp (ultralebar), dan 2MP (makro). Aktiviti swafoto pada telefon ini dijalankan oleh kamera 32MP.

image is not available

Bateri yang membekalkan tenaga pada Reno6 Z besar sedikti daripada Reno6 biasa sebanyak 10mAh. Jadi, anda terima telefon dengan bateri berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan pantas 30W SuperVOOC.

The post Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia appeared first on SoyaCincau.com.