Pesakit Covid-19 hospital Klang berkurang lebih 70 peratus sejak minggu lalu

19 Aug 2021 • 1:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 19 OGOS: Kemasukan pesakit Covid-19 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berkurang lebih 70 peratus sejak seminggu lalu.

Pengarahnya Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata sepanjang Julai pihaknya menerima 400 pesakit sehari namun sejak awal Ogos berkurang kepada 100 individu.

image is not available
Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Dr Zulkarnain Mohd Rawi

“Kebanyakan pesakit yang diterima minggu ini merupakan individu berusia 50 tahun ke atas yang masih belum sempat divaksin.

“Jadi kita galakkan orang ramai supaya mengambil imunisasi ini bagi mencegah jangkitan termasuk ibu mengandung,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kontena menyimpan mayat pesakit Covid-19 sumbangan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri dengan kerjasama beberapa pihak.

The post Pesakit Covid-19 hospital Klang berkurang lebih 70 peratus sejak minggu lalu appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved