Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini - KP Kesihatan

17 Aug 2021 • 4:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

"Masih belum ada kemunculan varian Lambda di Malaysia!"

Itu pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menafikan bahawa Malaysia telah dimasuki oleh varian terbaharu wabak Covid-19 iaitu Lambda.

Beliau mengatakan demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang pengguna di laman media sosial Twitter pada Selasa.

"Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan.

"Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita," katanya.

Katanya, kajian penjujukan genom yang dilakukan setakat ini masih tidak mengesan kehadiran varian tersebut.

image is not available

Varian Lambda pertama kali dikesan di Peru sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.

Lambda dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

image is not available

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah