Pengecas wayarles 100W Xiaomi mula dijual pada harga hampir RM400

Digital
16 Aug 2021 • 9:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Xiaomi telah memperlihatkan produk pengecasan wayarles yang mampu mengepam masuk tenaga kepada telefon sehingga 100W.

image is not available

Fizikaliti pengecas ini memang besar, berkemungkinan besar untuk menempatkan gegelung pengecas dan komponen kawal selia haba.

image is not available

Warna badannya hitam berbanding putih pada model 80W yang telahpun berada dalam pasaran pada harga RMB499 (~RM326).

image is not available
Versi 80W yang berwarna putih

Namun begitu, untuk pengguna Malaysia menggunakan sepenuhnya keupayaan pengecasan wayarles 100W, produk ini masih belum boleh dibeli kerana ia setakat ini hanya dijual dalam pasaran China.

image is not available

Itupun kalau anda ada peranti yang menyokongnyalah. Satu-satunya telefon yang menyokong pengecasan wayarles 100W dalam Malaysia setakat ini ialah Mi 11 Ultra yang berharga RM4,299.

image is not available

Pengguna yang berada dalam pasaran China boleh mendapatkan pengecas ini pada harga RMB599 (~RM392). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Pengecas wayarles 100W Xiaomi mula dijual pada harga hampir RM400 appeared first on SoyaCincau.com.