Ketua Pemuda Amanah positif Covid-19 kini 'ditidurkan'

Politics
1 Aug 2021 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan agak kritikal akibat positif Covid-19 sebelum ini kini telah ditidurkan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi Twitternya yang turut memberitahu Shazni Munir mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima.

Akmal Nasrullah dalam masa sama turut mendoakan Shazni Munir dan berharap semua orang ramai turut sama-sama memohon kesembuhan beliau.

"Ya ALLAH, Kau lindungilah beliau, berikan kesembuhan kepada beliau, berikan kekuatan kepada beliau. Mohon sama-sama doakan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah Ainullotfi pda 24 Julai lalu memberitahu Shazni Munir dijangkiti Covid-19 tahap empat.

Pihaknya juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pemuda Amanah kritikal positif Covid-19

Sama-sama kita doakan agar sdr Shazni diberikan kekuatan dan kesembuhan pic.twitter.com/1bSuZ4BbJr

July 31, 2021