Ahli Politik A.S Ingin Memperkenalkan RUU Mengawal Kuasa Gedung Aplikasi Apple dan Google

TechnologyDigital
12 Aug 2021 • 6:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dan Google kedua-duanya berhadapan tindakan mahkamah kerana hanya membenarkan pembelian dalam aplikasi menerusi sistem yang dikendalikan mereka. Dalam kes Apple, potongan di antara 15-30% diambil sehingga menyebabkan Spotify merungut kerana pengguna iOS perlu membayar harga langganan lebih mahal.

image is not available

Di Amerika Syarikat, tiga orang senator menyokong pengenalan Rang Undang-Undang Gedung Aplikasi Terbuka yang ingin mengawal gedung aplikasi Apple dan Google. RUU ingin mengharamkan amalan memaksa pembangun aplikasi menggunakan portal pembayaran milik pengusaha gedung apabila melakukan pembelian dalam aplikasi (IAP).

Gedung aplikasi juga dihalang dari menghukum pembangun yang menawarkan IAP lebih murah menerusi sistem pembayaran sendiri. Permua Fortnite telah ditarik dari Apple App Store dan Google Play Store tahun lalu selepas menawarkan IAP menerusi sistem yang dibangunkan oleh Epic Games. Ini menjadi sebab mengapa Epic Games menyaman Apple dan Google di mahkamah.

Sumber Reuters