Jangkitan terus berkurang kepada 17,000, Selangor turun lebih 800 kes

9 Aug 2021 • 3:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara terus berkurang kepada 17,236 kes berbanding 18,688 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor juga menurun 825 kes kepada 5,740 berbanding 6,565 kes semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur juga terus menurun kepada 1,567 kes berbanding 1,883 semalam, manakala Kedah, Sabah dan Johor kekal kes empat angka iaitu masing-masing 1,328, 1,247 dan 1,232 kes.

Sementara itu, kes di Negeri Sembilan terus meningkat kepada 1,215 berbanding 1,140 semalam dan Perlis kembali merekodkan penambahan jangkitan kepada 22 kes berbanding enam semalam.

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak – 935
Kelantan – 914
Pulau Pinang – 908

Pahang – 604

Sarawak – 589
Terengganu – 501

Melaka – 360

WP Putrajaya – 66

WP Labuan – 8

image is not available

The post Jangkitan terus berkurang kepada 17,000, Selangor turun lebih 800 kes appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved