MSI Malaysia Mengadakan Acara Jualan Bersempena Hari Merdeka – Menawarkan Pelbagai Model Komputer Riba Dan Paparan Skrin

TechnologyDigital
23 Aug 2021 • 7:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Malaysia, MSI Malaysia baru-baru ini telah mula mengadakan acara jualan MSI Merdeka Sales untuk pelbagai model komputer riba gaming dah produktiviti mereka yang terkini, disamping paparan skrin bagi mereka yang mahukan permukaan paparan lebih besar daripada apa yang boleh ditawarkan pada sebuah komputer riba.

image is not available

Bermula dengan siri komputer riba gaming, MSI Malaysia menawarkan 16 model komputer riba gaming dengan pelbagai konfigurasi, termasuklah MSI GE76 Raider, MSI GS76 Ghost, MSI Katana GF66, sehinggalah GF63 Thin dan MSI Bravo 15. Setiap pembelian komputer riba gaming ini samada akan hadir dengan harga diskaun, ataupun sebuah tetikus gaming MSI yang akan diberi secara percuma.

image is not available

Jika anda lebih memerlukan sebuah komputer riba yang memfokuskan produktiviti, MSI turut menawarkan enam model komputer riba produktiviti seperti MSI Creator Z16 yang diperkenalkan baru-baru ini, MSI Summit E13 Flip dan MSI Prestige 14 Evo.

image is not available

Melalui promosi ini, MSI turut menawarkan sejumlah paparan skrin gaming seperti MSI Optix MAG274QRF-QD dan MSI Optix AG32CQ. Jika anda mencari komputer gaming desktop, anda boleh memilih untuk mendapatkan MSI Trident AS 11TG ataupun MSI Infinite 11TC yang dikuasakan CPU Intel generasi ke-11 Rocket Lake dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060. MSI Malaysia turut menawarkan paparan skrin 27 inci Full HD dan satu set papan kekunci dan tetikus percuma dengan setiap pembelian desktop ini.

Sama seperti komputer-komputer riba sebelum ini, setiap pembelian paparan skrin ataupun komputer desktop MSI ini akan hadir dengan penawaran barangan percuma ataupun diskaun harga, sementara stok masih ada.

image is not available

Acara Jualan MSI Merdeka Sales ini telah berlangsung bermula 16 Ogos dan akan berterusan sehingga 30 September 2021 kelak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara promosi MSI Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan, anda boleh ke laman web promosi jualan MSI Malaysia di sini.