Redmi 10 akan datang dengan skrin 90Hz dan speaker stereo

Digital
15 Aug 2021 • 5:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Model Redmi dikenali ramai sebagai peranti yang mampu milik dan prestasi memuaskan. Redmi 9 yang berharga di bawah RM500 telah dilancarkan Xiaomi setahun yang lepas. Kini model baru menggantikannya akan tiba tidak lama lagi.

Twitter rasmi Xiaomi telah berkongsi tentang ketibaan Redmi 10 dalam beberapa ciapan. Ia bermula dengan gambar yang mengatakan Redmi 10 akan datang, tetapi masih belum memberitahu bilakah tarikh pelancarannya.

image is not available

Menariknya, Xiaomi berkongsi gambar yang menunjukkan rupa sebenar Redmi 10. Malah, mereka turut berkongsi beberapa maklumat penting tentang Redmi 10.

Dari gambar pertama, ia menujukkan rupa belakang Redmi 10. Modul kamera belakang ini menempatkan empat kamera dan LED Flash. Terdapat label 50MP dan AI Camera padanya. Gambar ini juga menunjukkan tiga warna telefon iaitu kelabu, putih dan satu lagi dengan warna gradien seperti pelangi.

image is not available

Gambar kedua pula menjelaskan bahawa Redmi 10 datang dengan empat kamera dan kamera utama 50MP. Malah, ia menjelaskan juga tentang skrin Redmi 10 akan memiliki resolusi HD penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Kadar penyegaran melebihi 60Hz ini akan menjadi yang pertama di siri Redmi. Selain itu, gambar ini turut menunjukkan skrin hadapan dengan lubang di tengah dahi.

Gambar ketiga menambah lagi cerita tentang Redmi 10, kali ini bahawa ia datang dengan speaker stereo. Walaupun ini tiada pada Redmi 9, versi dikemaskini Redmi 9T yang dilancarkan pada Januari 2021 telah menggunakan speaker stereo padanya dan dijual di bawah RM600.

image is not available

Dari gambar ini, dapat dilihat bahagian atas telefon dengan jelas di mana ia ada jek audio 3.5mm dan lubang yang kelihatan seperti speaker. Jika ya, Redmi 10 memiliki dua speaker yang menembak ke tepi dan memberi bunyi lebih seimbang, berbanding speaker atas di skrin seperti Galaxy S20 dan iPhone 11. Kelihatan juga pemancar infra merah di atas telefon.

Tetapi maklumat penuh mengenai Redmi 10 mungkin telah diketahui. Courts Singapura kelihatan telah memuat naik laman jualan Redmi 10 dengan gambar dan spesifikasi lengkap mengenainya. Malah, ia disenaraikan dengan RAM 6GB dan storan 128GB berharga SGD249 (~RM778).

image is not available

Dari senarai ini, ia menyatakan bahawa Redmi 10 dikuasakan cip Mediatek Helio G88, dengan skrin 6.5-inci HD Penuh 90Hz. Ia ada 4 kamera belakang iaitu kamera 50MP+8MP+2MP+2MP dan kamera hadapan 8MP.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ada tiga warna disediakan untuk Redmi 10 iaitu biru, putih dan kelabu.

image is not available

image is not available

Semua data yang terdapat di Courts Singapura ini menepati apa yang telah dikongsi oleh Xiaomi sendiri. Malah, gambarnya juga serupa dengan tiga pilihan warna. Persoalannnya, adakah ia akan datang dalam varian lebih rendah seperti RAM 3GB dan storan 32GB, dengan harga di bawah RM500?

Kita kena tunggu bila Xiaomi mengumumkannya. Tarikh pelancaran juga belum diketahui tetapi nantikan laporan daripada kami.

[Sumber: Xiaomi, GSMarena]

The post Redmi 10 akan datang dengan skrin 90Hz dan speaker stereo appeared first on SoyaCincau.com.