Carian Instagram akan paparkan gambar & video, sama seperti TikTok

Digital
26 Aug 2021 • 4:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Instagram umum melakukan kemaskini untuk tab search di aplikasi telefon. Pembaharuan itu akan memaparkan gambar atau video berdasarkan kata kunci yang pengguna cari. Ia tidak lagi menunjukkan akaun pengguna, hashtag atau lokasi seperti kebiasaannya.

Seperti tangkap layar yang dikongsikan Instagram di bawah, dapat dilihat, apabila pengguna tulis kata kunci space (angkasa lepas), carian akan paparkan pelbagai gambar dan video berkaitan angkasa lepas di tab Top. Ini sangat berguna, lebih-lebih lagi apabila anda tidak tahu nama pengguna atau hashtag yang tepat, ketika mahu cari gambar tertentu. Secara tidak langsung, pengguna juga dengan mudah boleh temui kandungan baru yang mungkin menarik bagi mereka.

Kemudian, apabila mahu mencari pengguna berdasarkan kata kunci, ia akan tersedia di bawah tab Accounts seperti biasa. Akaun pengguna yang mempunyai verified (pengesahan) akan ada di bahagian atas diikuti oleh pengguna lain.

image is not available

Ketua Instagram, Adam Mosseri juga ada berkongsi tentang ciri ini di Instagram rasminya. Anda boleh lihat melalui video di bawah pada minit ke 3:30, dia membuat carian menggunakan kata kunci ‘sushi’. Kemudian ada banyak gambar dan video berkaitan sushi dipaparkan.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Mosseri (@mosseri)

Jika anda ada akaun TikTok, pasti anda familiar dengan paparan ini. Fungsi search di TikTok akan paparkan video di bawah tab Top, berdasarkan kata kunci yang pengguna tulis. Kebiasaannya, video-video yang dicadangkan itu ada disertakan hashtag berkaitan dengan carian. Contohnya carian space, video yang tersedia pasti ada hashtag space.

image is not available

Kemaskini ini memang menarik, kerana pengguna boleh jumpa pelbagai perkongsian unik dari pengguna lain. Namun, tidak diketahui lagi bila ia akan tersedia untuk semua pengguna. Malah, Adam Mosseri melalui videonya juga ada berkata bahawa mereka masih lagi dalam proses membangunkan ciri ini.

[Sumber: 9TO5Mac, Instagram]