Antara peristiwa dalam arena teknologi yang sukar dilupakan adalah Samsung Galaxy Note 7. Peranti ini mempunyai masalah bateri yang menyebabkan peranti meletup atau terbakar secara tiba-tiba. Perkara yang merbahaya ini membuatkan Samsung menghentikan penjualan, meminta pengguna pulangkan peranti dengan pilihan tukar ke Galaxy S serta mengedarkan kemaskini agar peranti tidak boleh digunakan.
Terkini di lapangan terbang antarabangsa Seattle-Tacoma, seorang penumpang yang memiliki sebuah peranti Samsung terbakar secara tiba-tiba menyebabkan pesawat yang sedang mendarat terpaksa melakukan prosedur pendaratan kecemasan untuk mengeluarkan penumpang melalui gelongsor boleh kembung.
Earlier this evening, POSFD responded to a report of a fire in the cargo hold of Alaska Airlines Flight 751. Upon arrival, the fire was contained and passengers and crew were evacuated from the aircraft. (1/2) pic.twitter.com/rY2cFgrmUH
Peranti ini adalah Samsung Galaxy A21. Sebab ia terbakar masih tidak dijelaskan, model spesifik peranti seperti tahun bila juga tidak diketahui. Keadaan peranti tersebut dikatakan agak teruk sehingga sukar untuk dikenalpasti atau untuk diambil gambar. Syukur semua penumpang selamat dan tiada sebarang kecederaan termasuk pada pemilik peranti. Keadaan pesawat juga baik-baik sahaja.


