Mi Mix 4 bakal diumum sehari sebelum Galaxy Unpacked 2021

Digital
4 Aug 2021 • 3:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Xiaomi telah mengumumkan tentang pelancaran Mi Mix 4 melalui saluran media sosial mereka di China. Telefon itu akan diumumkan pada 10 Ogos 2021, sehari sebelum acara Samsung Unpacked dijadualkan.

image is not available

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengikutinya, majlis pelancaran Mi Mix 4 dijadualkan pada 10 Ogos 2021, 7:30 petang waktu Malaysia.

Berkaitan spesifikasi teknikal telefon ini, masih belum ada maklumat konkrit rasmi yang bleh kita rujuk. Namun, melalui pensijilan pihak berkuasa, ia didatangkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.

image is not available

Pengguna juga boleh menjangkakan SoC Snapdragon 888 beserta pengecasan 120W dikepilkan bersama-sama. Salah satu ciri unik yang khabarnya bakal diperkenalkan padanya ialah komponen kamera depan disebalik paparan.

Solusi ini berbeza daripada Mi Mix 3 yang menggunakan mekanisme boleh luncur untuk menempatkan kamera depannya.

image is not available
Mi Mix 3

SUmber: GSMArena

The post Mi Mix 4 bakal diumum sehari sebelum Galaxy Unpacked 2021 appeared first on SoyaCincau.com.