
SHAH ALAM, 21 OGOS: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari sebanyak 22,262 kes iaitu mencatatkan penurunan berbanding semalam.
Sementara kes di Selangor pula kekal pada tahap 7,000 dengan 7,011 seperti mana semalam (7,175).
Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabah merekodkan 2,651 kes, Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039).
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Jumlah jangkitan menurun kepada 22,262, Selangor kekal tahap 7,000 appeared first on Selangorkini.

