Samsung Galaxy M32 berharga hanya RM888 sempena jualan 8.8

Digital
6 Aug 2021 • 4:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Samsung Malaysia hari ini melancarkan model baru untuk siri Galaxy M mereka, iaitu Galaxy M32. Siri Galaxy M adalah telefon pintar yang dijual secara eksklusif dalam talian.

Sempena pelancarannya, Samsung Malaysia menawarkan diskaun pengenalan sebanyak RM211. Telefon pintar ini dijual pada harga rasmi RM1,099. Khas dari 6-8 Ogos 2021, ia akan dijual pada harga RM888 sahaja.

image is not available

Tawaran ini untuk masa terhad dan untuk siapa yang cepat sahaja. Ia boleh didapati di Stor Samsung Malaysia di Lazada.

Spesikasi

Samsung memasang pemproses Mediatek Helio G80 8-teras ke dalam Galaxy M32. Ia datang bersama RAM 8GB, storan dalaman 128GB serta sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

image is not available

Skrinnya berukuran 6.4-inci, jenis Super AMOLED HD Penuh serta kadar penyegaran 90Hz. Seperti biasa, siri Galaxy M tidak memiliki pengimbas capjari di dalam skrin, ia terletak di sisi bergabung dengan butang kuasa.

image is not available

Bateri yang besar, berkapasiti 5,000mAh dipasang di dalam Galaxy M32. Telefon ini turut menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C.

Untuk kamera, terdapat 4 kamera di belakangnya iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 20MP, terletak di dalam takuk di dahi skrin.

image is not available

Galaxy M32 datang dalam dua pilihan warna, biru dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy M32.

image is not available

The post Samsung Galaxy M32 berharga hanya RM888 sempena jualan 8.8 appeared first on SoyaCincau.com.