Wear OS pertama dalam keluarga G-Shock boleh didapati di Malaysia

Digital
2 Aug 2021 • 10:37 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

PRO TREK WSD-F10 adalah Wear OS pertama daripada Casio, tapi untuk siri G-Shock, GSW-1000H adalah yang pertama. Tak tahulah apa yang bezanya antara keduanya sebab kalau dilihat pada rupa dan spesifikasi antara mereka, nampaknya sangat mirip.

image is not available

Berkemungkinan besar adalah pada platform Snapdragon Wear 4100 yang baharu. Buat anda yang berminat untuk memilikinya, Casio menjualnya pada harga RM2,999 seunit di gedung-gedung bertauliah seluruh negara.

Harganya agak keras jika dibandingkan dengan varian PRO TREK, WSD-F10 yang ada spesifikasi hampir serupa tapi dijual pada harga USD550 (RM2,271).

Jam Tangan Pertama Dengan Wear OS Dihasilkan Casio

Spesifikasi Casio G-Shock, GSW-1000H

DNA keteguhan dalam keluarga G-Shock tetap hadir pada jam tangan pintar ini. Ia kalis hentak dan air pada kedalaman sehingga 200 meter dalamnya.

image is not available

Di bahagian muka, jam ini dilengkapi paparan TFT LCD sebesar 1.2" pada resolusi 360p. Di sebalik paparan itu juga ada satu lagi paparan sekunder monokrom yang apabila berada dalam mode monokrom sahaja, hayat bateri mampu dipanjangkan sehingga 30 hari lamanya.

image is not available

Anda boleh jangkakan pelbagai fungsi pintar yang sepatutnya ada pada Wear OS, pada jam tangan ini. Ia boleh diguna untuk menjejaki aktiviti sukan, melakukan panggilan telefon, melihat notifikasi mesej di telefon, dan pelbagai lagi.

image is not available

image is not available

Ia berhubung dengan telefon melalui Bluetooth dan dengan Internet melalui Wi-Fi 2.4Ghz.

image is not available

image is not available

Casio tidak berkongsikan berapakah storan dalamannya. Tapi, menurut manual, ia ada 4GB storan dalaman yang 2GB daripadanya dikhaskan untuk sistem operasi. Jadi, pengguna ada 2GB untuk isinya dengan APP.

image is not available

The post Wear OS pertama dalam keluarga G-Shock boleh didapati di Malaysia appeared first on SoyaCincau.com.