Realme GT Ialah Peranti Pertama Yang Menyokong Pengecas MagDart

TechnologyDigital
3 Aug 2021 • 9:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa pelancaran aksesori pengecasan MagDart sebentar tadi, Realme mengesahkan Realme Flash hanyalah sekadar sebuah peranti konsep yang dibangunkan untuk menunjukkan kemampuan MagDart dan pelbagai lagi aksesori yang menyokong ekosistem pengecasan ini.

image is not available

Jadi apakah pula peranti sebenar yang boleh menggunakan MagDart? Jawapannya ialah Realme GT menerusi sebuah kerangka khas. Kerangka gentian karbon ini mempunyai sambungan terus ke port USB-C peranti yang menyambungkan pengeacas MagDart kepada bahagian belakang peranti. Realme GT sebelum ini tidak menyokong sebarang sistem pengecasan nirwayar.

Kepada pemilik Realme GT, mereka kelak boleh membeli kerangka khas ini untuk menggunakan pengecas MagDart yang menyokong pengecasan 50W atau 15W bergantung kepada model yang dibeli kelak.