Vivo Y33s Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G80, Kamera 50MP, Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
23 Aug 2021 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rasanya, baru minggu lepas Vivo Y21 dilancarkan secara rasmi di India. Kini, terdapat satu lagi model baharu di bawah siri yang sama iaitu Vivo Y33s turut sama diperkenalkan. Jika dilihat dari fizikal luarannya, kedua-dua telefon pintar tersebut kelihatan hampir sama sahaja. Tetapi, sebenarnya ada banyak hal juga yang berbeza.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y33s menggunakan skrin LCD berukuran 6.58-inci dengan resolusi FHD+. Ia seterusnya dipadanakan dengan cip MediaTek Helio G80, memori 8GB RAM (tambahan 4GB RAM) dan storan dalaman 128GB. Bateri yang disertakan pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

image is not available

Untuk kamera, ia dilengkapi sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP. Manakala, kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.0, menjalankan Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Di India, Vivo Y33s dijual pada harga ₹17,990 (~RM1,024).

Sumber : Vivo India