LG PuriCare, topeng muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon

20 Aug 2021 • 7:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

LG Electronics membuka tempahan awal untuk LG PuriCare Wearable Air Purifier, iaitu topeng muka yang juga berfungsi sebagai pembersih udara. Tempahan dibuka bermula 20 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Jika anda perasan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bekas pengerusi prasarana pernah memakai topeng muka seperti ini semasa melawat kemalangan Lrt Kelana Jaya dahulu. Ia memang dari model yang sama, tetapi keluaran pertama itu ada beberapa perbezaan dibandingkan model baru ini seperti berat dan rekaan.

Model terbaru ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan mempunyai ciri penguat suara. Ia juga menggunakan penapis berprestasi tinggi.

image is not available

Berikut merupakan ciri yang ada pada topeng muka LG PuriCare Wearable Air Purifier.

1. Dua penapis udara premium

Topeng muka ini menggabungkan dua penapis HEPA H13, sama seperti yang terdapat dalam pembersih udara premium di rumah. Ciri ini terbukti dapat menapis zarah-zarah berbahaya seperti habuk, virus, bakteria dan alergen sehingga 99.95%.

2. Dua kipas kecil

Selain itu, ia juga dilengkapi sensor pernafasan dan dua kipas (dual fans) dengan motor yang sangat kecil dan ringan. Kipas akan dilaraskan secara automatik mengikut kitaran pernafasan pemakai.

Sistem ini dapat mencegah masalah yang sering dialami oleh individu yang memakai cermin mata dan topeng muka pada masa yang sama. Ia dapat mengelak cermin mata daripada berkabus ketika pemakai menghembus nafas.

image is not available

3. Berat 94 gram

Di samping itu, ia dicipta dari material yang halus dan bergaya dengan warna Creamy White (putih krim). Topeng muka ini tersedia dengan saiz besar untuk memberikan kesesuaian yang baik kepada lebih ramai pengguna. Manakala ukuran sederhana boleh didapati melalui pembelian berasingan.

Reka bentuknya juga dapat mengurangkan kebocoran udara di sekitar hidung dan dagu. Ia dilengkapi dengan tali telinga elastik boleh laras untuk pemakaian yang lebih selesa. Beratnya hanya 94 gram, sesuai untuk kegunaan seharian.

4. Ada mikrofon & pembesar suara

Tambahan lagi, ia turut dilengkapi ciri VoiceON, ada mikrofon terbina di dalam. Ia secara automatik akan mengesan ketika pemakai bercakap dan bantu lontarkan suara supaya individu boleh mendengar suara pemakai dengan baik.

image is not available

Topeng muka pembersih udara ini mempunyai kapasiti bateri 1,000 mAh, boleh beroperasi sehingga 8 jam dengan sekali cas.

Dalam suku ke-4 tahun ini, LG akan melancarkan aplikasi yang boleh disambungkan ke topeng muka melalui Bluetooth. Ia akan membolehkan pengguna mengesan pernafasan mereka sendiri dan menguruskan topeng muka dengan baik dari telefon pintar.

Pembelian LG PuriCare akan dilengkapi dengan:

  1. Topeng pembersih udara
  2. Penapis HEPA H13 – 2 helai
  3. Penutup dalaman (Inner Cover) – 15 helai
  4. Pelitup muka saiz L
  5. Tali telinga
  6. Pemanjang tali (Strap extender)
  7. Kabel pengecas
  8. Beg mudah alih

Harga tempahan awal

Tempoh tempahan awal bermula pada 20 Ogos hingga 31 Ogos 2021. Harga berbeza mengikut pakej seperti di bawah:

  1. Starter Package RM749
    1. Topeng pembersih udara – RM749 (harga asal RM849)
    2. Penutup dalaman (Inner Cover) – Percuma (harga asal RM53)

image is not available

  1. Couple Package RM1498
    1. Topeng pembersih udara (2) – RM1498 (harga asal RM1698)
    2. 2 set penutup dalaman (Inner Cover) – Percuma (harga asal RM53)
    3. Penapis HEPA H13 – Percuma (harga asal RM53)

image is not available

Tempahan awal boleh dilakukan di sini. LG PuriCare Wearable Air Purifier akan tiba secara rasmi di Malaysia pada September 2021 dan akan tersedia untuk dibeli di seluruh pengedar sah LG dan juga melalui Lazada serta Shopee.