Bangga Masuk Kedai Siap ‘Dine In’ Walau Tak Suntik, Individu Ini Undang Kecaman

23 Aug 2021 • 11:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, kerajaan telah memberi kemudahan tambahan sektor ekonomi dan sosial bagi individu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Antara kemudahan tersebut adalah aktiviti ‘dine in’ di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya.

BACA: Perikatan Nasional Sokong Ismail Sabri PM Ke-9 Dengan Syarat

Individu hanya diiktiraf sebagai penerima lengkap vaksinasi apabila telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu suntikan sahaja, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

image is not available
Foto: Utusan Malaysia

Walau bagaimanapun, arahan ini nampaknya dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Malah, ada yang mengambil kesempatan masuk ke premis perniagaan tanpa menunjukkan sijil vaksinasi yang sah.

image is not available

Di media sosial, viral perkongsian seorang wanita mengaku membuat ‘social experiment’ selepas kerajaan memberi kemudahan tambahan kepada penerima vaksin lengkap. Dia mendakwa berjaya masuk ke beberapa buah kedai kerana tiada sebarang pemeriksaan dilakukan.

Suaminya dipercayai turut membuat ‘experiment’ yang sama namun dihalau keluar kedai selepas mendapati tidak mematuhi syarat dua dos tersebut.

Dia dan kelurga seterusnya membuat ‘experiment’ ke sebuah kedai makan dan mendakwa berjaya ‘dine in’.

image is not available

image is not available

Perkongsian itu ternyata telah mengundang rasa marah orang ramai. Mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada individu yang sewenangnya melanggar peraturan.

Kredit: Twitter dearsln

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

The post Bangga Masuk Kedai Siap ‘Dine In’ Walau Tak Suntik, Individu Ini Undang Kecaman appeared first on Oh! Media.