PROMO: Galaxy S21 boleh dibeli serendah RM2,999 sepanjang bulan Merdeka

Digital
22 Aug 2021 • 11:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sebelum ini ditawarkan dengan diskaun RM400, khas untuk bulan merdeka ini, Samsung Malaysia menaikkan tawaran bagi semua model Galaxy S21 dengan diskaun RM500, dari sekarang hingga 31 Ogos 2021.

Rebat RM500 ini boleh didapati di Stor Online Samsung Malaysia, Stor Samsung Experience, dan semua pengedar sah Samsung.

image is not available

Dengan rebat ini, harga siri Galaxy S21 di Malaysia menjadi seperti berikut:

  • Galaxy S21 5G (8GB+128GB) – RM3,499 RM2,999
  • Galaxy S21 5G (8GB+256GB) – RM3,699 RM3,199
  • Galaxy S21+ 5G (8GB+256GB) – RM4,299 RM3,799
  • Galaxy S21 Ultra 5G (12GB+256GB) – RM5,299 RM4,799
  • Galaxy S21 Ultra 5G (16GB+512GB) – RM5,899 RM5,399

image is not available

Samsung Malaysia juga baru sahaja mengumumkan penurunan harga kekal untuk model Galaxy S20 FE dan Galaxy Note 20, selepas beberapa ketika menjalankannya sebagai harga promosi. Mungkin harga rebat Galaxy S21 ini akan dikekalkan juga selepas ini.

Siri Galaxy S21 yang baru ini dilengkapi cip berkuasa tinggi terbaru dari Samsung, Exynos 2100 bersama 5G. Galaxy S21 dan S21+ memiliki skrin HD Penuh rata 120Hz, manakala Galaxy S21 Ultra dipasang skrin QuadHD melengkung 120Hz.

image is not available

Satu pembaharuan terbesar di siri Galaxy S21 ialah tiada lagi kepala pengecas dan fon telinga diberikan di dalam kotak. Pengguna yang masih mahukan kepala pengecas Samsung 25W USB-C yang asli, boleh membelinya pada harga RM79.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, layari laman web Samsung Galaxy S21.