Google Docs bantu pengguna balas komen pantas di dokumen dengan Smart Reply

Digital
26 Aug 2021 • 7:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pada tahun 2017, Google ada perkenalkan Smart Reply di Gmail untuk menjimatkan masa dan bantu pengguna balas mesej dengan cepat. Ia mencadangkan tiga respon berdasarkan e-mel yang pengguna terima.

image is not available

Tidak lama lagi, Smart Reply akan disediakan di Google Docs pula. Anda boleh pilih jawapan yang sesuai untuk membalas komen di dokumen anda. Ia akan tersedia untuk komen berbahasa Inggeris. Berdasarkan contoh yang diberikan Google ini, ada dua cadangan respon tersedia di bawah kotak utama komen.

Ia juga menyediakan pilihan respon yang relevan berdasarkan komen yang anda terima. Anda juga boleh gunakan pilihan jawapan itu dan tambahkan komen anda. Walaupun ada Smart Reply, anda masih boleh tulis komen sendiri jika anda mahu.

image is not available

Apabila ciri ini tiba nanti, ia akan aktif secara lalai. Untuk mematikannya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka dokumen Docs anda
  2. Tekan Tools
  3. Pilih Preferences
  4. Kemudian matikan pilihan Show Smart Reply suggestions

Sejak Januari lalu, pengguna yang komen di Docs dapat menggunakan ciri Smart Compose dan pembetulan automatik untuk melengkapkan komen.

Untuk kemampuan Smart Reply ini pula, ia mungkin membantu sesetengah pengguna dengan memberi idea untuk membalas komen. Jika anda sering klik mark as resolved atau biarkan komen tergantung, anda boleh perbaikinya dengan menggunakan ciri ini. Ia akan dilancarkan secara beransur-ansur bermula 13 September 2021.

[Sumber: Engadget, Google]

View Original Article