Honda BR-V Terbaru Lancar Di Indonesia, Hadir Dengan Rekabentuk Baru Bersama Ciri Canggih

Cars
22 Sep 2021 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Honda BR-V

Honda Prospect Motor yang merupakan wakil pengedar kenderaan Honda di Indonesia telah melancarkan BR-V 2022 dengan rekabentuk lain dan pelbagai ciri yang lebih canggih. Pergh! Nampak lawa juga design kalini.

BACA : Foto Honda Civic Hatchback (2022) Bocor, Seminggu Lagi Patutnya Dilancarkan

image is not available

Menariknya, BR-V ini telah hadir dengan kunci pintar dimana pemilik boleh menghidupkan enjin dari jauh, siap buka aircond lagi. Kalau yang parking tengah panas tu, dah tak payah risau lah kalau adanya ciri ini pada kereta korang. Best gila!

Menurut laporan Pandu Laju, terdapat empat pilihan varian pada Honda BR-V terbaru ini iaitu S MT, E CVT/MT, Prestige CVT dan Prestige CVT bersama Honda Sensing. 

image is not available

Untuk pengetahuan, Honda Sensing merupakan ciri keselamatan yang ada pada varian paling premium yang dibekalkan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC),  ◦ Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS), Mitigasi Lencong Jalan (RDM), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN). 

Honda BR-V terbaru ini dikuasakan dengan enjin 1.5 DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 119hp dan tork sehingga 145Nm. Terdapat lima pilihan warna iaitu  Premium Opal White Pearl (putih mutiara), Crystal Black Pearl (hitam), Modern Steel Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak), Tafela White (putih). Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Honda BR-V Terbaru Lancar Di Indonesia, Hadir Dengan Rekabentuk Baru Bersama Ciri Canggih appeared first on Oh! Media.