DJI OM5 dilancarkan, specs kurang menarik berbanding OM4

Digital
9 Sep 2021 • 1:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutamanya sektor pelancongan, anda mungkin dah boleh mula berkira-kira untuk naik taraf kelengkapan video anda untuk sesi jalan-jalan yang akan datang.

DJI telah mengumumkan DJI OM5 untuk pasaran Malaysia pada harga RM689, harganya lebih tinggi berbanding RM499 sewaktu OM4 diumumkan tahun lepas.

Daripada segi rekaan, terdapat perbezaan pada segi cara penggunaan. Tangan gimbal OM5 boleh dipanjangkan kepada 21.5cm untuk sudut pandang yang lebih luas bila anda buat rakaman secara selfie ataupun anda perlukan kedudukan lebih tinggi sewaktu merakam.

Konsep ini sama seperti gimbal daripada jenama Vimble yang telah diumumkan terlebih dahulu.

image is not available
FeiyuTech Vimble2

Tapi, sejak DJI Osmo Mobile 3 saya dah kurang menggemari gimbal DJI disebabkan konfigurasi lengan gimbal yang pelik. Pada, dua generasi gimbal Osmo terdahulu anda boleh lakukan rakaman dalam flashlight mode, tapi sejak generasi 3, rekaan gimbal telah berubah dan mode flashlight hilang terus.

image is not available
DJI Osmo Mobile 2 dan 1 boleh rakam dalam mode flashslight

Antara OM5 dan OM4 saya dapati terdapat spesifikasi seperti diturun taraf. Bateri daripada 2,450mAh turun menjadi 1,000mAh yang pastinya akan jejaskan hayat penggunaan. Kemudian, ia tiada lagi jek USB-A untuk anda mengecas telefon sewaktu digunakan.

Lain-lain spesifikasi nampaknya dikekalkan seperti keupayaan gimbal untuk menampung beban sehingga 290g, kehadiran lubang skru 1/4″ untuk diguna bersama tripod.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.