PROMO: Diskaun sehingga RM420 untuk jam Garmin Forerunner 245, Fenix 6 & Instinct

Digital
22 Sep 2021 • 11:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Selepas tamat promosi Hari Malaysia, Garmin memperkenal tawaran baru untuk jam pintar kecergasan mereka menerusi promosi ‘Outdoor & Run‘. Dalam promosi ini, beberapa jam kecergasan Garmin ditawarkan dengan diskaun sehingga 16%.

Promosi Garmin ini akan berjalan dari 20 September sehingga 17 Oktober 2021, di semua kedai Garmin, Stor online Garmin, Lazada, Shopee dan pengedar sah di seluruh Malaysia. Model jam yang terlibat dalam promosi ini adalah siri Fenix 6, siri Forerunner 245 dan siri Instinct.

Potongan harga yang boleh dinikmati pembeli dalam promosi ini adalah seperti berikut:

  • Garmin Forerunner 245 – RM1,430 RM1,299
  • Garmin Forerunner 245 Music – RM1,670 RM1,499
  • Garmin Fenix 6s (Silver) – RM2,880 RM2,599
  • Garmin Fenix 6s (Sapphire) – RM3,820 RM3,399
  • Garmin Fenix 6 (Sapphire) – RM3,820 RM3,399
  • Garmin Instinct (Normal) – RM1,199 RM999
  • Garmin Instinct (Tactical) – RM1,399 RM1,199

Siri Forerunner adalah jam kecergasan yang sesuai untuk mereka yang mahu fokus dalam aktiviti kecergasan, dengan tambahan storan muzik luar talian dalam edisi Music. Siri Fenix pula menggabungkan paparan jam pintar dengan fungsi pemantauan aktivti kecergasan lebih canggih. Siri Instinct adalah jam GPS bagi untuk mengesan kedudukan, dengan hayat abteri yang sangat panjang.