
Pergerakan rentas negeri di seluruh Lembah Klang merangkumi Selangor, W.P Kuala Lumpur, dan W.P Putrajaya kini dibenarkan mulai Jumaat, 10 September
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri menerusi satu kenyataan sebentar tadi.
“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.
“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2” kata beliau.
Sehubungan dengan arahan tersebut, tiada lagi sekatan jalan raya membabitkan negeri di Lembah Klang.
“Pergerakan antara negeri Selangor, KL dan Putrajaya dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya” tulis kenyatan itu lagi.
View this post on Instagram
Artikel lanjut menyusul

