5 'Hack' Untuk Mantapkan Lagi Rasa Subway Korang!

Food
22 Sep 2021 • 5:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dah cuba semua menu Subway? Meh min kongsi tip add-on untuk tambah kick!

Selalu bila pergi Subway memang korang dah ada menu yang korang dah selalu order, Meatball Sub, Italian B.M.T, Turkey Breast & Chicken Slices dan macam-macam lagi. Haa, kalau dah tak tahu nak order apa dah, apa kata min ajar cara nak order menu yang sama, tapi kita twist sikit!

Ini dia 5 hack untuk mantapkan lagi rasa Subway korang!

1. Tambah mac and cheese!

image is not available

Mesti tak pernah tahu yang korang boleh tambah mac and cheese pada sub korang kan? Bunyi macam pelik, tapi rasa berkeju mac and cheese tu memang sedap giler dipadankan dengan Subway!

Kalau rasa macam tak nak letak mac and cheese dalam sub korang, pesan asing dan nikmati secara sampingan!

2. Tuna memang masuk dengan apa-apa je!

image is not available

Pelik lagi bunyinya... tapi percayalah yang tuna merupakan tambahan yang paling terkenal dipesan di Subway. Tuna dicampur dengan menu meatball, egg mayu, chicken teriyaki, dan macam-macam lagi! Tuna juga adalah tambahan protein yang bagus untuk badan korang!

Kalau korang suka macam sub dengan tuna sahaja, min nak kongsi tip yang sos sweet onion lah yang paling mantap kalau dipadankan dengan tuna. 

3. Tambah jagung untuk kerangupan!

image is not available

Bukan sahaja rangup, jagung juga adalah tambahan sayur-sayuran yang sihat untuk diletakkan sekali di dalam sub korang. Jagung could never go wrong, hehe. 

4. Makanan sampingan paling ngam, Subway chips!

image is not available

Subway chips ni memang terbukti sedap, dan memang ramai yang buka dan makan sebagai makanan sampingan kalau pergi ke Subway. Tapi, korang seriously kena cuba tambahkan chips ni dalam sub korang. Sedap giler!

5. Rasai sub paling panas, yang ini memang kick!

image is not available

Untuk masa yang terhad, penggemar makanan pedas, korang boleh singgah ke Subway dan rasai lagi Spicy Buffalo Chicken Sub yang diperbaharui dengan lebih banyak kepanasan!