Fairphone Dilaporkan Akan Hadir Dengan TWS Mesra Alam Dan Mudah Dibaiki

TechnologyDigital
24 Sep 2021 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fairphone adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar mesra alam, di mana bahan binaannya boleh dikitar semula serta setiap komponen adalah jenis modular agar mudah dibaiki. Mereka sudah ada banyak peranti antara yang terkahir adalah Fairphone 3+ yang dilancarkan pada tahun lalu.

image is not available
AirPods Pro – iFixit

Terkini menurut Winfuture, Fairphone ingin hadir dengan set fon telinga nirwayar sebenar iaitu TWS dengan konsep yang sama. TWS mereka ini juga akan dibina dariapda bahan boleh dikitar semula, mesra alam serta mudah dibaiki. Seperti yang kita tahu, majoriti TWS sukar untuk dibaiki dan jika kita menghantar untuk menuntut jaminan biasanya pengeluar akan terus gantikan dengan set yang baru.

image is not available
Fairphone 3 Earphones

Ini juga bukan kali pertama Fairphone hadir dengan aksesori audio. Sebelum ini mereka pernah hadir dengan set fon telinga Fairphone 3 Earphones yang dijual pada harga sekitar RM230 yang turut menggunakan konsep yang sama.

image is not available

Tambahan sumber lagi, TWS pertama mereka ini akan dijual pada harga sekitar €99.95 (~RM490) dan akan mempunyai pilihan warna hitam atau putih. Ia dilaporkan akan dilancarkan bersama-sama dengan Fairphone 4 5G tidak lama lagi.

Fairphone 4 5G ini dilaporkan akan hadir dengan skrin 6.3-inci takuk kecil, dijana cip Snapdragon kelas pertengahan asas, memori 6GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB, tri-kamera 48MP, Android 11 dan harga sekitar RM2939-RM3232.