Redmi Buds 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 20 Jam

TechnologyDigital
7 Sep 2021 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Buds 3 Pro telah diumumkan sebelum ini ia merupakan Redmi AirDots 3 untuk pasaran global. Dapat dilihat, ia masih mengekal setiap elemen dan ciri yang ada termasuklah pembatalan hingar aktif, masa pendam rendah dan pengecasan nirwayar. Terkini, Redmi Buds 3 pula dilancarkan secara rasmi.

image is not available

Redmi Buds 3 menggunakan rekaan separa terbuka bersama kotak pengecasan berbentuk segi empat – sangat mirip dengan Apple Earpod atau AirPods. Katanya, rekaan sebegini lebih membantu pengguna dari aspek keselesaan dan pengalaman audio yang baik. Ia juga dilengkapi pemandu audio 12mm dengan dua mikrofon bagi menyokong pengurangan hingar sewaktu panggilan. Cip yang digunakan pula adalah Qualcomm QCC3040.

image is not available

Di samping itu, ia juga menyokong masa pendam yang rendah, kawalan sesentuh dan sokongan untuk sambungan pantas. Dari segi ketahanan bateri, fon teling ini mampu beroperasi sehingga 5 jam atau sehingga 20 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas.

image is not available

Terdapat juga sokongan untuk pengecasan pantas yang mampu mengecas selama 10 minit untuk masa main balik muzik selama 1.5 jam. Pengecasan berwayar boleh dilakukan menerusi port USB-C, selain turut sama menyokong penarafan kalis habuk dan kalis air IP54. Redmi Buds 3 tersedia dalam pilihan warna putih dan ditawarkan pada RMB159 (~RM128).