E.ON Memperlihatkan Konsep Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
3 Sep 2021 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kereta elektrik ialah masa depan di negara maju dengan pengeluar telahpun meletakkan tarikh muktamad bilakan kenderaan bahan api fosil akan dihentikan pengeluarannya. Dengan peningkatan kenderaan elektrik, jumlah stesen pengecas juga perlu ditambah berkadaran terus. E.ON, syarikat pembekal elektrik di Jerman telah memperlihatkan konsep stesen pengecasan elektrik bagi menggantikan stesen minyak tradisional.

image is not available

Stesen pengecas mereka mengambil inpirasi dari pokok dengan atap yang kelihatan seperti daun. Terdapat pilihan untuk meletakkan bumbung kaca atau panel solar mengikut keperluan setempat. Setiap ‘pokok’ pengecasan adalah modular. Ini membolehkan ia disusun secara luruh dengan empat pengecas diletakkan sebaris atau empat digabungkan untuk menghasilkan atap berbentuk hexagon.

image is not available

Kerana rekaan yang modular ini, stesen pengecas yang amat kecil untuk satu kereta atau sehingga lapan kereta boleh dibina tanpa perubahan komponen yang besar. Untuk rekaan stesen besar, terdapat ruang menunggu serta makan untuk pelanggan sementara menanti bateri kenderaan dicas sepenuhnya.

image is not available

Rekaan stesen elektrik ini dihasilkan oleh E.ON dengan kerjasama firma rekaan GRAFT brandlab. Stesen prototaip pertama telahpun dibina dan dibuka di ibu pejabat E.ON yang terletak di Essen, Jerman.

Sumber Designboom

View Original Article