iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain?

Digital
8 Sep 2021 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
iPhone 13

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah pelancaran iPhone siri 13 kan? Pertanyaan korang mungkin terjawab selepas Apple sendiri mengumumkan tarikh pelancaran yang akan diadakan pada 14 September ini secara maya.

BACA : iPhone 13 Mungkin Dijual Pada Harga RM9k?

image is not available

Korang boleh menonton “California Streaming” secara langsung di laman web Apple pada pukul 1 pagi, 15 September ini mengikut waktu Malaysia.

Walaubagaimanapun, Apple tidak mengumumkan apakah produk yang bakal dilancarkan pada hari tersebut. Menurut laporan Fuzz.my, mereka menjangkakan bahawa ianya merupakan pelancaran bagi iPhone 13, Watch Series 7 dan Airpod 3.

Apapun, sama-sama kita tunggu sehingga 15 September waktu Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut apakah yang akan dibawakan mereka nanti.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain? appeared first on Oh! Media.