Tiada cara lain, suntikan vaksin merupakan benteng terbaik kekang sebarang varian

Health & Fitness
19 Sep 2021 • 10:06 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

Bersama

PEGAWAI PERUBATAN JABATAN KECEMASAN HOSPITAL COLUMBIA ASIA CHERAS, SELANGOR

DR MALAR SANTHI SANTHERASEGAPAN

(Beliau diundang menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Sampai Bila Kena Hidup dengan Covid-19 dan Pakai Pelitup Muka? baru-baru ini)

image is not available

Soalan 2

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa Pemulihan Negara tidak dapat menghentikan wabak Covid-19, tetapi hanya meredakan gelombang berkenaan sahaja. Persoalannya, adakah terdapat formula lain yang lebih ampuh atau cara yang lebih efisien untuk mengekang virus berbahaya ini? Ini kerana sesetengah daripada masyarakat mengatakan vaksin dan pelitup muka tidak cukup lagi untuk tangani Covid-19?

Jawapan:

Sebenarnya, saya turut bersetuju dengan kenyataan bahawa PKP hanya sesuai untuk meredakan satu-satu gelombang. Namun, ia bukanlah solusi yang tetap.

Jadi, apakah ada cara lain melibatkan jangka masa panjang? Ya, tidak lain tidak bukan adalah pembinaan imuniti kelompok iaitu vaksinasi.

Baca juga: Dos penggalak bukan jaminan 100 peratus kita langsung tak dijangkiti virus Covid-19

Meskipun ramai yang mengatakan vaksinasi tidak cukup dan sebagainya, tetapi pada masa sekarang kita perlu tunggu sehingga paling kurang antara 70 hingga 80 peratus individu yang lengkap dua dos begi membentuk imuniti kelompok yang kukuh agar ia menjadi satu benteng yang kuat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada masa itu, barulah kita akan sedar bahawa vaksinasi sangat membantu, cukup dan itu adalah strategi yang sangat baik.

image is not available

Apabila masyarakat di luar sana sudah divaksin (lebih daripada 80 peratus), penularan wabak Covid-19 dapat dikekang sekali gus menjadi seperti beberapa bandar besar lain di dunia seperti New York, Amerika Syarikat.

Pada masa sama, kita juga mungkin gusar dengan kehadiran varian-varian baharu yang menular, tetapi untuk mengekang virus tersebut terus bermutasi, proses vaksinasi sahaja adalah caranya.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa vaksinasi dan pelitup muka sahaja tidak mencukupi, sebaliknya kita juga perlukan disiplin diri dengan kekalkan prosedur operasi standard.

image is not available
IMBAS kod QR ini untuk menonton video DNA secara penuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

The post Tiada cara lain, suntikan vaksin merupakan benteng terbaik kekang sebarang varian appeared first on Sinar Plus.