Pelancaran Global Untuk Huawei P50 Mungkin Berlaku Pada 21 Oktober 21

TechnologyDigital
12 Sep 2021 • 4:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei akan mengadakan sebuah acara khas pada 21 Oktober hadapan. Tiada maklumat apakah yang akan dilancarkan pada tarikh tersebut tetapi besar kemungkinan adalah untuk Huawei P50 versi global. Peranti pada waktu ini hanya dijual di China sejak dilancarkan pada bulan Julai yang lalu.

image is not available

Huawei sebelum ini mengesahkan peranti siri P50 akan dilancarkan ke peringkat global. Namun persoalannya ialah apakah versi yang akan dijual kelak menggunakan Snapdragon 888 4G atau Kirin 900 4G. Samsung masih belum mendapat kebenaran menawarkan P50 versi 5G kerana teknologi yang digunakan berasal dari Amerika Syarikat.