Kanak-kanak perempuan dipercayai lemas terjatuh dalam longkang

26 Sep 2021 • 7:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas setelah terjatuh dalam longkang berhampiran Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom di sini petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.18 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.29 petang.

"Mengikut maklumat yang diterima daripada polis memaklumkan mangsa berumur empat tahun dipercayai hanyut dibawa arus setelah terjatuh ke dalam longkang berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ketika ini usaha mengesan dan mencari mangsa sedang dijalankan oleh pihaknya.