Selangor Fruit Valley dibuka kepada pengunjung mulai 15 September

11 Sep 2021 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 111 SEPT: Pusat pelancongan Selangor Fruit Valley (SFV) akan dibuka semula kepada pengunjung mulai Rabu ini.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Facebook, kunjungan ke SFV terhad kepada individu yang lengkap divaksin sahaja.

Individu dewasa yang lengkap divaksin boleh membawa anak berusia 17 tahun ke bawah untuk menikmati semua aktiviti di SFV dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Kenyataan tersebut memaklumkan semua kakitangan di SFV juga sudah menerima suntikan pelalian lengkap sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Orang awam yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 016-6880792 serta e-mel ke support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Tambah menarik terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikan SFV sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia.

The post Selangor Fruit Valley dibuka kepada pengunjung mulai 15 September appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved