Astro Ke Arah Menjadi Penyedia Perkhidmatan Internet – Umum Kerjasama Dengan TM

TechnologyDigital
29 Sep 2021 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia dan Astro hari ini umumkan kerjasama, sekaligus membolehkan Astro memfokuskan menjadi salah satu penyedia perkhidmatan internet.

image is not available

Melalui perjanjian kerjasama ini, TM akan menyediakan infrastruktur kepada Astro, termasuk perkhidmatan borong seperti sambungan jalur-lebar berkelajuan tinggi, lebar jalur (bandwidth), backhaul dan juga akses internet.

Pada masa yang sama, TM juga akan menyediakan perkhidmatan CDN, bagi membolehkan penawaran kandungan digital yang lebih lancar, pantas dan selamat. Ini juga akan membolehkan Astro mempercepatkan penstriman video kepada pengguna.

Menurut Astro, melalui kerjasama ini, ia akan membina asas bagi Astro untuk menjadi penyedia perkhidmatan internet. Ini juga akan membolehkan Astro menjana aliran pendapatan baharu, selain menyesuaikan perkhidmatan jalur lebar dengan himpunan kandungan, atau jalur lebar secara berasingan serta rangkaian produk lain.