
SHAH ALAM, 24 SEPT: Kes harian Covid-19 dalam negara mencatatkan sedikit peningkatan dengan 14,554 kes berbanding 13,754 semalam.
Berdasarkan perkongsian ketua pengarah kesihatan di Facebook, jangkitan baharu di Selangor juga meningkat kepada paras 2,000 dengan 2,244 kes.
Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham, Sarawak catat angka jangkitan harian paling banyak dengan 2,825 dan tiada kes baharu direkodkan di Labuan.
Berikut perincian kes bagi negeri dan wilayah:
Johor – 1,807
Sabah – 1,273
Pulau Pinang – 1,231
Perak – 1,144
Kelantan – 910
Kedah – 908
Terengganu – 690
Pahang – 598
Melaka – 401
Kuala Lumpur – 271
Negeri Sembilan – 157
Perlis – 65
Putrajaya – 30
Labuan – 0
The post 14,554 kes baharu, Selangor pada paras 2,000 appeared first on Selangorkini.
