4 bulan tak berniaga, pekedai bersih premis tunggu pelancong

15 Sep 2021 • 4:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASTI ramai yang tak sabar untuk melancong ke Pulau Langkawi kan? Apatah lagi setelah kerajaan mengumumkan bahawa pusat pelancongan popular itu kini sudah boleh dibuka bermula 16 September ini (esok), maka dengar cerita ramai yang telah menempah tiket penerbangan dan juga hotel.

Nampaknya bukan pelancong sahaja yang tidak sabar, para peniaga di sekitar Pantai Cenang juga nampaknya telah mula bersiap sedia untuk menerima kedatangan pelancong tempatan.

image is not available

Baca juga Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

Tinjauan yang dibuat oleh Sinarplus mendapati para peniaga kini sibuk membersihkan premis mereka setelah empat bulan tidak beroperasi.

Menurut Chacha yang berniaga barang-barang cenderahati berkata;

image is not available
Chacha menjalankan perniagaan cenderahati.

“Lebih empat bulan tak berniaga, hari ini baru nak kemas-kemas balik kedai. Bersihkan apa yang patut untuk buat persediaan esok. Dengar cerita ramai nak mai Langkawi.

“Syukurlah dapat berniaga semula,” katanya yang mengharapkan agar Langkawi kembali meriah seperti sebelum Covid.

image is not available
Rubby turut bekerja di sektor rekreasi.

Bagi Rubby pula yang bekerja di Cenang Watersport turut mengulas;

“Kami pun sibuk buat persiapan untuk terima pelancong ke Langkawi. Sebelum ini Pantai Cenang ini meriah, kemudian sunyi sepi dan diharapkan selepas ini akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Nak lawat pulau-pulau dah boleh dan banyak kemudahan rekreasi yang kami sediakan untuk pelancong,” jelasnya.

Seorang lagi iaitu peniaga kedai makan, Hakimi memberitahu SOP untuk kedai makan masih lagi sama.

image is not available
Hakimi

“Sekarang dah boleh makan di kedai tetapi satu meja dua orang sahaja dan telah lengkap dua dose. Sebelum nak masuk kedai kami akan minta scan dahulu, kemudian periksa suhu dan tunjukkan sijil vaksin di dalam MySejahtera.

“Alhamdulilah, kami semua pekerja telah lengkap dua dos dan berharap pelancong juga dapat mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan ini,” katanya.

image is not available

Baca juga Merancang ke Pulau Langkawi? Hadamkan dulu 6 pesanan penduduk tempatan

Difahamkan, Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik merupakan projek perintis. Oleh itu, kita berharap agar projek ini akan berjaya supaya lebih banyak lagi pusat pelancongan dapat dibuka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

The post 4 bulan tak berniaga, pekedai bersih premis tunggu pelancong appeared first on Sinar Plus.