Realme telah hadir dengan beberapa penawaran baharu di bawah koleksi Master Edition dan satu daripadanya adalah Realme GT Master Edition. Seperti diketahui ramai, telefon pintar di bawah siri ini sering menampilkan kemasan menarik diinspirasikan daripada barangan harian dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, ia juga turut menerima sentuhan dalam gaya kontemporari daripada pereka terkenal Jepun,Nauto Fukusawa.
Realme X Master Edition adalah model pertama untuk siri berkenaan yang dicipta bersama oleh realme dan Fukasawa. Konsep rekaannya diilhamkan daripada bawang besar dan bawang putih. Tidak lama kemudian, mereka hadir dengan Realme X2 Pro Master Edition yang diinspirasikan daripada batu bata merah. Seterusnya, Realme X50 5G Master Edition pula yang mempunyai panel belakang tersesuai dengan keseimbangan dinamik di antara titik dan garisan. Namun begitu, hanya model Realme X2 Pro Master Edition sahaja yang dibawa masuk ke Malaysia.

Untuk kali ini, Realme dan Fukusawa dilihat mengambil ilham daripada beg pakaian pula. Katanya, ia dicipta khas untuk mengubat kerinduan melancong anda. Tambahan pula, sektor pelancongan kini tidak dapat beroperasi dengan pesat susulan pandemik yang memberi kesan mendalam terhadapnya. Dengan adanya konsep sebegini sekurang-kurangnya mampu mengubati kerinduan sementara menanti keadaan kembali seperti sediakala.
Baiklah, tidak perlu mukadimah panjang lebar. Berbalik semula kepada tujuan asal artikel ini yang mana kami akan berkongsi ulasan penuh untuk Realme GT Master Edition. Apakah titik menarik yang ada padanya? Apa pula kekurangan ketara yang perlu anda tahu? Adakah ia telefon pintar yang menarik, atau sekadar faktor luaran sahaja yang kelihatan cantik? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.
Spesifikasi Ringkas Peranti
Telefon Pintar Realme GT Master Edition Skrin 6.43-inci, Super AMOLED, 120Hz, FHD+, (1080 x 2400 piksel) (~409 ppi) Pemproses Snapdragon 778G 5G (6 nm)
1 x 2.4 GHz Kryo 670 Prime
3 x 2.2 GHz Kryo 670 Gold
4 x 1.9 GHz Kryo 670 Silver)Cip Grafik Adreno 642L RAM 8GB RAM Muatan Dalaman 128GB/256GB ROM Kamera Utama Utama – 64MP (f/1.8)
Sudut Ultra-Lebar – 8MP (f/2.2)
Makro-2MP (f/2.4)Kamera Swafoto 32 MP (f/2.5) Bateri 4,300 mAh
65W SuperDartSIM/Telefoni SIM Nano + SIM Nano NFC Ada Bicu Audio Ada Kalis Air Tiada Sistem Imbasan Pengimbas jari fizikal
Imbasan WajahHarga Jualan RM1,499 (8GB/128GB)
RM1,699 (8GB/256GB)
Reka Bentuk
Sebagai permulaan, mari kita bercakap mengenai aspek reka bentuknya terlebih dahulu. Realme GT Master Edition yang kami terima adalah bewarna Voyager Gray. Apa yang unik, ia menggunakan kemasan kulit Vegan bewarna kelabu pada panel belakang. Ini bermakna, ia mampu untuk memberikan keselesaan yang baik meskipun dipegang untuk jangka masa yang panjang. Bukan itu sahaja, cengkaman padanya juga terasa bagus sekali. Paling penting, kemasan sebegini sebenarya mampu untuk mengurangkan kesan kotoran pada telefon pintar ini sendiri.

Kebiasannya, isu kotoran yang melibatkan kesan cap jari inilah sering menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan pengguna – termasuklah kami sendiri. Tambah menjengkelkan apabila perlu mengelap panel belakang dengan kerap bagi membersihkan kotoran berkenaan. Tetapi usah risau kerana keadaan itu tidak berlaku pada Realme GT Master Edition, bahkan boleh dikatakan bahawa langsung tiada kotoran padanya.
Di samping itu, kemasan ini juga dipadankan dengan corak garisan jalur yang jelas kelihatan seperti sebuah beg pakaian sebenar. Pada masa sama, terdapat juga penjenamaan Realme dan tanda tangan Fukusawa yang esklusif untuk edisi ini bersebelahan modul kamera utama di belakang.

Ternyata, konsep rekaan adalah ringkas, kemas dan bersahaja. Pada kami, ia cukup sesuai dengan cita rasa sesetengah pengguna yang menyukai kemasan yang tidak serabut. Tetapi, mereka mahukan kemasan yang nampak menyerlahkan gaya. Tidak dinafikan, Realme GT Master Edition sememangnya dibekalkan elemen berkenaan. Kemudian, ia juga sebuah telefon pintar yang baik pada pandangan kami. Tekstur binaan yang digunakan cukup baik kerana mampu memberikan rasa yang selesa di dalam tangan.

Ia juga langsung tidak terasa licin, seterusnya beratnya yang sekitar 180-gram langsung tidak membebankan untuk penggunaan satu tangan. Jadinya, kalau anda jenis yang begitu gemar menaip teks di WhatsApp, Telegram, Messenger atau seangkatan dengannya dengan satu tangan sahaja. Percaya kata kami, keadaan ini tidak akan menimbulkan sebarang isu. Bukan itu sahaja, tangan juga tidak akan terasa lenguh. Saiznya yang nipis juga turut memudahkan untuk ianya diletakkan ke dalam poket seluar atau ruang-ruang kecil di dalam beg.
Butang kuasa diletakkan pada sisi kanan. Butang laras suara dan slot SIM pula anda akan temuinya pada sisi kiri peranti. Kesemua butang disertakan mempunyai binaan yang baik. Di samping, kedudukan juga ergonomik yang sememangnya mudah untuk dicapai dan selesa ditekan. Bercakap lebih lanjut mengenai sokongan slot SIM padanya, anda akan perasan ketiadaannya ruang untuk kad microSD. Sebaliknya, ia hanya menyokong dwi SIM bersaiz nano.

Bergerak ke bahagian bawah, di sini adanya pembesar suara mono, port sambungan USB Type-C dan bicu audio 3.5mm untuk mendengar muzik. Perlu dikatakan, sesungguhnya apa yang diberikan di sini mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Kenapa kami berkata sedemikian?
Baiklah, keputusan Realme untuk menyediakan bicu audio 3.5mm padanya adalah perkara yang baik – sebabnya ia memudahkan pengguna untuk membeli aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala. Tetapi, sistem audionya pula adalah sejenis mono. Ini adalah satu kekurangan untuk anda yang mahukan kemampuan audio lebih baik.
Ia bagaimanapun bukanlah bermaksud pembesar suara mono pada telefon pintar ini langsung tidak baik. Pada dasarnya, ia masih baik cumanya kelantangan yang dihasilkan adalah agak kurang memuaskan. Sekiranya, Realme mampu menggantikannya dengan pembesar suara stereo, ia semestinya satu bonus buat telefon pintar ini sendiri.
Paparan
Seterusnya, panel hadapan Realme GT Master Edition kelihatan cukup kemas dengan skrin bersaiz 6.43-inci beresolusi FHD+. Rekaan skrin pula adalah sejenis berlubang untuk perletakan kemara hadapan 32-Megapixel pada sudut kiri atas. Anda juga perlu tahu bahawa ianya dilengkapi teknologi Super AMOLED.

Secara amnya, kami tidak ada sebarang masalah dengan skrin ini. Paparan warna adalah baik, terang dan cantik. Tidak kira apa juga yang anda lakukan dengan telefon pintar ini, kebanyakan butiran pada skrin kelihatan cukup bagus. Mahu menatal media sosial? Mahu membaca kandungan berita di Amanz? Mahu menonton video atau siri drama kegemaran? Usah risau, ia sememangnya mampu sahaja untuk memberikan pengalaman penggunaan yang baik.
Selain daripada itu, kami juga tidak berhadapan dengan isu yang melampau untuk penggunaan di luar bangunan. Tahap kecerahan pada telefon pintar ini agak baik bagi memastkan kandungan pada skrin selesa untuk dilihat. Kemudian, skrin juga lengkap dengan kadar segar semula tinggi 120Hz. Pengalaman menatal cukup lancar dan menyeronokkan pada pandangan kami. Tetapi, semestinya skrin 120Hz akan menggunakan bateri yang banyak.

Namun begitu, usah terlalu risau sebabnya anda masih mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan tetapan standard dengan skrin 60Hz mahupun tetapan tinggi dengan skrin 120Hz. Ianya boleh diubah menerusi tetapan pada telefon pintar. Seperkara lagi, tetapan ini turut menyajikan satu lagi pilihan dinamakan sebagai Auto Select. Apabila ianya diaktifkan, sokongan kadar segar semula itu akan berubah secara automatik bergantung kepada keperluan kandungan itu sendiri. Oleh itu, bateri akan lebih jimat dan masa penggunaan telefon pintar juga menjadi lebih panjang.

Antaramuka & Pengalaman Penggunaan
Untuk spesifikasi, Realme GT Master Edition dikuasakan menggunakan cip Snapdragon 778G. Ia merupakan cip lapan teras dengan tiga pembahagian kluster berlainan untuk penggunaan tertentu. CPU adalah Kryo 670 dengan 1x Cortex A78 utama, 3x Cortex A78 untuk prestasi dan 4x Cortex A55 untuk kecekapan. Kuasa maksimum pula terhad kepada 2.4GHz.

Unit ulasan yang kami terima dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi sokongan memori tambahan secara maya maksimum 5GB. Ini adalah bersesuaian buat pengguna yang mahuakn RAM lebih besar. Malahan, ia juga dilihat sudah menjadi sebahagian daripada trend kebanyakan pengeluar ketika ini. Pun begitu, sokongan memori sedia ada sebenarnya sudah mencukupi untuk kebanyakan tugasan pada pandangan kami.

Seterusnya, sistem operasi yang digunakan adalah Realme UI 2.0 yang dibina berasaskan Android 11. Melaluinya, terdapat pelbagai fungsi dan ciri yang disertakan. Misalnya seperti, mod tema gelap dan Always on Display yang boleh diubahsuai. Selain daripada itu, turut terdapatnya sokongan untuk tetingkap terapung yang membolehkan penggunaan peranti lebih cekap dan banyak lagi.




Secara peribadi, penggunaan keseluruhan telefon pintar tidak mendatangkan sebarang masalah setakat artikel ulasan ini ditulis. Ia terasa baik dan mampu beroperasi dengan lancar untuk segenap tugasan harian. Di mana proses membuka dan menukar aplikasi serta peralihan animasi terasa baik sahaja. Maka, ia menjadikan tugasan harian mampu untuk kekal efesien tanpa banyak masalah mahupun isu yang besar.
Sebagai tambahan, terdapat juga mod khusus dipanggil sebagai GT Mode yang sesuai digunakan untuk pengalaman permainan lebih baik. Di mana, ia menggunakan prestasi CPU dan GPU yang maksimum untuk pengalaman yang cukup baik. Selain daripada itu, ia juga mempunyai sistem tindak balas haptik bergetar yang juga baik pada pandangan kami.

Seterusnya bergerak kepada tetapan permainan mudah alih (permua) pula, tetapan asal grafik untuk permainan PUBG Mobile adala pada HD dengan kadar bingkai High. Ia juga masih boleh mencapai kadar bingakai Extreme apabila dimainkan pada grafik Smooth. Seterusnya, turut boleh mencapai kadar bingkai Ultra untuk tetapan grafik tertinggi HDR.

Untuk COD Mobile pula secara lalainya tetapan adalah pada Very High dengan grafik High. Kadar bingkai ini juga boleh mencapai Max tetapi tetapan grafik tertinggi setakay High. Kemudian, apabila ia dimainkan dengan grafik Very High, kadar bingkai tertinggi juga berada pada tetapan Very High sahaja.

Permainan seterusnya iaitu Mobile Legend Bang Bang (MLBB) boleh dimainkan mencapai grafik High. Akhir sekali, permainan Genshin Impact pula tetapan asalnya adalah pada low dengan mod 30 fps. Sekadar bermain untuk tujuan berseronok tidak mendatangkan masalah. Tetapi, semenstinya ada tidak boleh berharap lebih daripadanya.

Menyentuh soal haba, terdapat isu panas yang berlaku untuk beberapa sesi permainan dan penggunaan yang agak lama. Tetapi, isu panas ini masih boleh diterima dan tidaklah teruk yang melampau.
Selain itu, menyentuh sedikit mengenai prestasi sokongan imbasan cap jari yang diletakkan pada skrin. Kelihatannya, ia mampu berfungsi dengan baik & pantas. Anda tidak perlu menekannya dengan kuat kerana ia mampu menyahkunci dengan segera sejurus mengesan jari. Sama seperti sistem imbasan wajahnya, ia juga berfungsi dengan baik sahaja.
Kamera
Untuk fotografi, sistem tri-kamera digunakan di belakang dengan tetapan sensor utama 64-Megapixel. Ia kemudiannya, diikuti dengan lensa ultra sudut-lebar 8-Megapixel. Akhir sekali, terdapat juga lensa makro 2-Megapixel. Buka sahaja aplikasi kamera, anda akan dibentangkan dengan antaramuka kemara yang mirip seperti kebanyakan telefon pintar Realme sedia ada. Usah khuatir, anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengannya. Kemudian, adanya pelbagai fungsi yang boleh digunakan seperti 64MP Mode, Super Nightscape, Portrait Mode, Street Filter dan banyak lagi.

Seperkara lagi, kameranya turut menyokong kebolehan kebolehan Quick Launch yang membolehkan gambar diambil dengan pantas. Caranya mudah di mana anda hanya perlu menekan butang laras audio bawah sebanyak dua kali dan selesai! Fungsi ini bagaimanapun perlu diaktifkan terlebih dahulu meneruso tetapan pada aplikasi kamera.
Realme GT Master Edition juga menyokong fungsi rakaman video maksimum 4K/30fps pada kamera utama. Seterusnya, rakaman maksium 1080p/30fps untuk kamera hadapannya. Untuk makluman juga, Realme turut menyertakan ciri penstabilan video pada kebolehan rakamannya untuk hasil video lebih baik.


















Dari segi prestasi, hasil gambar adalah baik pada pencahayaan cukup. Kualiti imej mempunyai perincian imej yang memuaskan. Pewarnaan juga dikawal dengan baik untuk kebanyakan situasi. Walaupun kadangkala dalam beberapa situasi ia agak saturated. Hasil gambar malam juga boleh dikatakan baik – dapat dilihat, kemampuan kamera mengawal hingar dengan seimbang. Penggunaan mod malam turut membantu dalam meningkatakan keseimbangan pada imej menjadi lebih baik. Seterusnya, kebolehan zum juga mampu menghasilkan gambar yang baik. Kemudian, lensa makro 2MP pula sekadar baik-baik sahaja tetapi langsung tiada ada yang istimewa mengenainya.









Related News & Content
