250 maut akibat Covid-19 di Sepang kurang dua minggu

25 Sep 2021 • 5:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SEPANG, 25 SEPT: Sebanyak 250 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di daerah ini sejak 16 September hingga semalam, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Sebahagian besar angka kematian dicatatkan di Dengkil (170), Sepang (51) manakala Labu (39), menurut Datuk Abd Hamid Hussain dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata sebanyak 36,925 kes wabak turut direkodkan di Sepang dalam tempoh sama.

“Saya berharap pengunjung dari luar Sepang berhati-hati ketika berkunjung ke daerah ini dan mengamalkan kawalan kendiri dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.

Abd Hamid berkata kapasiti penguat kuasa turut ditingkatkan bagi memantau lokasi tumpuan seperti Bagan Lalang dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP.

“Saya minta kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP secara kendiri tanpa menunggu penguatkuasaan pihak berkuasa demi membendung penularan Covid-19,” katanya.

 

The post 250 maut akibat Covid-19 di Sepang kurang dua minggu appeared first on Selangorkini.

View Original Article