PROMO 9.9: Honor beri diskaun sehingga RM300 untuk laptop, jam pintar dan fon telinga

Digital
6 Sep 2021 • 10:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Honor Malaysia masih belum mengumumkan ketibaan telefon pintar baru mereka, siri Honor 50 dan Honor Magic 3. Tetapi ini tidak menghalang mereka memeriahkan jualan 9.9 yang akan datang tidak lama lagi.

Sempena jualan 9.9 pada hari Khamis ini, 9 September 2021, Honor menawarkan diskaun menarik untuk produk mereka seperti laptop, jam pintar dan fon telinga TWS. Diskaun sehingga RM300 boleh dinikmati menerusi Stor Honor di Lazada dan Shopee. Selain itu, hadiah percuma juga disediakan seperti payung, baucar VIP JOOX, beg galas dan tetikus Bluetooth diberi untuk pembelian produk terpilih.

Menariknya, Honor menyatakan bahawa jualan 9.9 akan diadakan selama 3 hari di Lazada, dari 9 hingga 11 September 2021. Tetapi di Shopee, ia diadakan selama 1 hari sahaja iaitu pada 9 September 2021.

Berikut adalah senarai peranti yang ditawarkan:

  1. Honor Band 6 – RM189 RM165
  2. Honor Earbuds 2 Lite – RM299 RM269 [PERCUMA Baucar VIP JOOX 3 bulan]
  3. Honor MagicWatch 2 42mm Agate Black – RM599 RM449 [PERCUMA Payung]
  4. Honor MagicWatch 2 46mm Flax Brown – RM699 RM549 [PERCUMA Payung]
  5. Honor MagicWatch 2 46mm Charcoal Black – RM649 RM499 [PERCUMA Payung]
  6. Honor MagicBook 15 – RM3,699 RM3,499 [PERCUMA Beg galas dan tetikus Bluetooth]
  7. Honor MagicBook X 15 i5 – RM2,899 [PERCUMA Beg galas dan tetikus Bluetooth]
  8. Honor MagicBook X 15 i3 – RM2,299 [PERCUMA Beg galas]
  9. Honor MagicBook Pro – RM3,599 RM3,299 [PERCUMA Beg galas dan tetikus Bluetooth]