Ray-Ban Dan Facebook Mengacah Pengumuman Pada 9 September – Kaca Mata Pintar Facebook?

TechnologyDigital
8 Sep 2021 • 1:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ray-Ban kini telah menerbitkan sebuah halaman rasmi, mengacah sebuah pengumuman bersama pihak Facebook, pada hari Khamis ini, 9 September 2021.

image is not available

Untuk makluman, sebelum ini Ray-Ban dan Facebook telah mengumumkan kerjasama untuk kaca mata pintar pada tahun lepas, dan pada 9 September ini, kaca mata pintar berkenaan dijangka diumumkan.

image is not available

Kaca mata pintar berkenaan dijangka akan membolehkan pengguna merakamkan video, dan berkongsi terus melaluii laman sosial Facebook. Beberapa video telah pun dikongsikan oleh beberapa eksekutif Facebook, termasuk Mark Zuckerberg sendiri baru-baru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pada 9 September 2021 ini, sama ada ia sekadar menawarkan ciri rakaman sahaja, atau turut akan menyertakan sokongan realiti-terimbuh (AR) bersama-sama dengannya atau tidak.