iPhone 13 Pro Max: 5 perubahan yang perlu anda tahu

Digital
15 Sep 2021 • 6:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Apple sudahpun melancarkan siri iPhone 13. Ia masih kekalkan pola 4 peranti, 2 dalam kategori “Pro” dan 2 lagi untuk pengguna bajet terhad. Sungguhpun sekilas pandang, kesemua iPhone kali ini nampak sama sahaja macam generasi sebelumnya, anda perlu tahu yang di bahagian dalam ada sejumlah perubahan menarik.

Berikut adalah 5 naik taraf iPhone 13 Pro Max berbanding iPhone 12 Pro Max.

1. Skrin sama besar tapi kini ada ProMotion

image is not available

Kesemua model iPhone mengekalkan saiz fizikal yang sama seperti sebelumnya. Namun, untuk iPhone 13 Pro/Pro Max, paparan 6.1" dan 6.7" mereka kini masing-masing-masing menyokong ProMotion 120Hz.

image is not available

2. Cip pemproses Apple A15 Bionic

A15 Bionic menggantikan A14 Bionic pada model sebelum ini. Pengeluarnya laporkan yang bilangan transistornya lebih tinggi berbanding model terdahulu. (15b vs. 11.8b).

image is not available

Seperti biasa, spesifikasi teknikal cip ini agak samar-samar, namun Apple mengumumkan yang ia ada GPU dengan teras lebih banyak. 5 teras pemproses imej katanya pemacu presasi grafik ke paras yang lebih tinggi ataupun lebih tepat, 50% lebih pantas.

3. Pertama kali hadir dengan storan 1TB

Buat pertama kalinya, iPhone memecahkan tradisi ruang storan apabila hadir dengan piilhan sehingga 1TB, macam pada iPad Pro.

image is not available

Namun, untuk menikmati ruang penyimpanan sebesar itu, bersiap sedialah untuk keluarkan sekurang-kurangnya RM7,199.

4. Hayat bateri lebih panjang

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada maklumat konkrit tentang kapasiti bateri iPhone 13 dalam bentuk mAh. Tapi, Apple katakannya boleh beroperasi lebih lama (28h vs. 20h) berbanding sebelumnya.

image is not available

Masa yang diambil untuk mengisi 50% kapasiti bateri yang lebih perlahan berbanding iPhone 12 Pro Max mungkin mencadangkan yang kapasti baterinya lebih besar.

5. Apertur lebih besar, zum optikal lebih jauh, dan fungsi makro

Konfigurasi kamera dan sensor dilaporkan masih sama, semuanya menggunakan kamera 12MP. Namun begitu, konfigurasi lensa nampaknya telah berubah.

image is not available

Kamera utama dan ultralebar kelihatannya menerima lensa berapertur lebih besar. Ia menjelaskan kenyataan Apple tentang 2.2x lebih banyak cahaya. Bahagian telefoto pula aperturnya dikecilkan. Mungkin bagi beri ruang kepada ciri 3x zum optikal serta fungsi makro sehampir 2cm.

image is not available

Kamera selfie tidak berubah daripada segi komponen, tapi diberikan ciri HDR 4, berkemungknan hasil kemas kini perisian dan manfaat cip Bionic A15.

Harga siri iPhone 13

Siri iPhone 13 akan mula boleh ditempah pada 1 Oktober 2021 dan hari pertama jualannya akan jatuh pada 8 Oktober 2021. Berikut adlah senarai harga siri iPhone 13.

iPhone 13 Pro Max

  • 128GB RM5,299
  • 256GB RM5,799
  • 512GB RM6,699
  • 1TB RM7,599

iPhone 13 Pro

  • 128GB RM4,899
  • 256GB RM5,399
  • 512GB RM6,299
  • 1TB RM7,199

iPhone 13

  • 128GB RM3,899
  • 256GB RM4,399
  • 512GB RM5,299

iPhone 13 Mini

  • 128GB RM3,399
  • 256GB RM3,899
  • 512GB RM4,799