Singapura: 'Dine In', Saiz Perhimpunan Dihadkan Kepada 2 Orang, Mulai Hari Ini

27 Sep 2021 • 3:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kawasan Kampong Gelam sunyi sepi pada hari pertama sekatan COVID-19 dilaksanakan mulai hari ini hingga 24 Oktober ini. - Gambar dari Facebook Hakim Irwan

SINGAPURA - Bermula hari ini, bilangan perhimpunan sosial dan 'dine in' dihadkan kepada dua orang sahaja ketika Singapura memperketatkan SOP bagi mengurangkan peningkatan kes COVID-19.

Langkah berkenaan dilaksanakan sehingga 25 Oktober ini dan ia akan dikaji serta disesuaikan dengan keadaan, bergantung kepada situasi komuniti.

Mengulas mengenai keputusan itu, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong pada Jumaat lalu memberitahu, langkah sukar itu terpaksa diambil bagi mencegah lonjakan jangkitan dan memberi masa kepada pemulihan perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah.

''Saya tahu banyak penduduk Singapura dan perniagaan yang kecewa dengan pengumuman ini. Saya ingin memastikan bahawa Singapura kekal komited kepada pembukaan semula,'' katanya.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan sebanyak 1,939 kes baharu COVID-19 direkodkan, iaitu tertinggi sejak permulaan pandemik COVID.

Peningkatan kes COVID sejak kebelakangan ini telah menyebabkan Singapura menangguhkan dulu pembukaan semula premisnya. Lebih 80 peratus populasinya telah divaksin. - https://www.straitstimes.com/