Acer Melancarkan Siri Komputer Riba Gaming Predator Triton 500 SE Dengan Paparan 16 Inci Pada Harga Permulaan RM8999

TechnologyDigital
30 Sep 2021 • 1:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Malaysia hari ini telah membuat pengumuman mengenai sejumlah komputer riba gaming siri Predator mereka, dimana salah satu daripadanya ialah kemaskini kepada model komputer riba gaming nipis mereka, iaitu Predator Triton 500 SE.

Predator Triton 500 SE mengekalkan rekaan nipis yang cukup sinonim dengan model ini, tetapi berbeza dengan model-model sebelum ini, ia kini dilengkapi dengan sebuah paparan IPS 16.1 inci dengan resolusi WQXGA (2560×1600) dengan kadar segar semula paparan 165Hz dan juga sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-Sync.

image is not available

Dari segi penawaran komponen, Predator Triton 500 SE ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-11 Intel Core i7 ataupun Intel Core i9, memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan SSD NVMe sebesar 1TB. Bergantung kepada model yang dibeli, ia hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dan juga NVIDIA GeForce RTX 3070.

image is not available

Oleh kerana penawaran CPU Intel generasi ke-11 pada komputer riba ini, ia turut dilengkapi dengan sejumlah ciri-ciri baru, termasuklah teknologi penghantaran data Thunderbolt 4, WiFi-6 dan juga sokongan untuk pengecasan PowerDelivery yang membolehkan anda untuk mengecas dan menggunakan komputer riba ini menggunakan satu kabel USB-C sahaja.

image is not available

Jika anda mempunyai sebuah paparan gaming dengan resolusi 4K dan kadar segar semula tinggi, komputer riba ini turut hadir dengan palam HDMI 2.1 yang membolehkan anda memaksimakan penggunaan paparan skrin kelas bangsawan anda.

image is not available

Untuk penyejukan, Predator Triton 500 SE menggunakan kipas AeroBlade 3D terbaru mereka dengan sistem penyejukan Vortex Flow yang membolehkan komputer riba ini disejukkan dengan baik walaupun ia hadir dengan rangka yang cukup nipis sekali yang merumahkan komponen-komponen yang sangat berkuasa.

image is not available

Pra-tempah untuk Predator Triton 500 SE ini dibuka pada 30 Oktober 2021 di Lazada dan Shopee, dan setiap pra-tempah komputer riba ini akan hadir dengan hadiah percuma bernilai RM2414, yang termasuklah pemberian kerusi gaming, t-baju t-shirt, fon kepala dan sebagainya. Tanda harga untuk Predator Triton 500 SE adalah seperti berikut:

  • Predator Triton 500 SE (Intel Core i9, NVIDIA GeForce RTX 3080) – RM12,999
  • Predator Triton 500 SE (Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM8999