Oppo K9 Pro 5G Mungkin Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200

TechnologyDigital
10 Sep 2021 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Oppo A11s, Evan Blass turut sama berkongsi mengenai perancangan Oppo untuk hadir dengan model Oppo K9 Pro. Rekaannya telahpun tertiris dalam beberapa imej yang ditemui menerusi laman web China Telecom, selain turut sama lengkap dengan beberapa maklumat utama mengenai spesifikasi.

image is not available

Jelas kelihatan, Oppo K9 Pro 5G mempunyai bonggol kamera besar di belakang. Melaluinya, terdapat tiga kamera yang disusun kemas secara menegak bersama LED Flash. Turut kelihatan, terdapat juga penjenamaan “09-K Pro” bersama-sama dengannya. Penyenaraian turut mengesahkan tetapan kamera akan terdiri dengan 64-Megapixel sebagai sensor utama.

Seterusnya, pada bahagian hadapan pula jelas kelihatan lubang kecil pada bucu atas sebelah kiri skrin. Katanya, kamera swafoto adalah sebesar 16-Megapixel. Saiz skrin adalah sebesar 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan nisbah aspek 20:9. Ia juga akan menampilkan pengimbas cap jari pada skrin.

Tidak habis disitu, ia juga akan dibekalkan bateri 4,500mAh yang boleh dicas menerusi port sambungan USB-C. Cip yang digunakan adalah MediaTek Dimensity 1200 yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehinga 256GB. Turut dapat dilihat, peranti ini bakal hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Glacier Overture, Obsidian Warrior, dan Neon Silver Sea.

Sumber : China Telecom